Sebahagian Jalan Batang Kali-Genting dibuka untuk kenderaan ringan


  • Primer
  • Ahad, 29 Jan 2023

Amirudin beramah-mesra bersama tetamu pada majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina kerajaan negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada Sabtu. 

SEBAHAGIAN daripada jalan B66 laluan Batang Kali–Genting Highlands dibuka untuk digunakan kenderaan ringan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perancangan pembukaan jalan itu adalah untuk penduduk Batang Kali pergi dan balik dari Genting Highlands atas urusan kerja.

"Ia baru dibuka minggu lepas.

"Namun penduduk Batang Kali perlu mendapatkan surat daripada majikan mereka terlebih dahulu untuk memohon kebenaran menggunakan jalan tersebut," katanya ketika ditemui wartawan pada majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina kerajaan negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan bahawa hanya kenderaan ringan jenis sedan sahaja yang boleh melalui jalan raya tersebut.

"Tiada truk atau lori," katanya.

Pada 24 Disember lalu, StarMetro melaporkan, Amirudin memberita media jalan itu boleh dibuka kepada kenderaan ringan sebaik kerja-kerja pengukuhan dan pelebaran jalan dilakukan.

Sementara itu, menjawab pertanyaan media mengenai alasan membatalkan program bantuan banjir yang sepatutnya diadakan serentak pada sambutan Tahun Baharu Cina, Amirudin berpendapat ia tidak sesuai untuk sambutan itu.

“Kerajaan negeri terfikir untuk memberi sumbangan kepada mangsa Batang Kali tetapi disebabkan sambutan itu, kita mungkin akan menjadualkannya semula ke hari lain,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram