[VIDEO] Dicekup tak sampai 24 jam, suspek samun bersenjata kedai makan di Kuching rupanya ada 7 rekod jenayah


  • Tular
  • Jumaat, 27 Jan 2023

Tangkap layar kejadian rompakan di sebuah restoran sekitaralan Stutong, Kuching, Sarawak pada Selasa.

SEORANG lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, Kuching, Sarawak pada Selasa, akhirnya berjaya diberkas pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, suspek, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditangkap pada Rabu dalam tempoh kurang 24 jam.

"Tangkapan itu dibuat oleh dibuat oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan diketuai oleh Inspektor Muzaffar.

"Suspek ditangkap di salah sebuah rumah sekitar daerah Kuching.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan dadah di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952.

"Suspek direman pada hari sama untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan beberapa lelaki mengharungi detik getir apabila disamun dua lelaki bertopeng yang merompak dan mengganas di sebuah restoran sekitar Kuching, Sarawak pada Selasa.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada lewat malam apabila seorang lelaki mula merampas beberapa barangan berupa duit dan dompet dipercayai milik pelanggan di premis berkenaan.

Dikongsikan di laman Facebook, video tular itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram