[VIDEO] Minta duit tak bagi, suami dayus tergamak kerjakan isteri pakai helmet


  • Tular
  • Jumaat, 27 Jan 2023

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan topi keledar.

TULAR di media sosial, memaparkan seorang lelaki memarahi serta memukul seorang wanita dipercayai isterinya tanpa segan silu di tepi jalan raya sejak Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di Pantai Timur berdasarkan dialek yang digunakan.

Dalam video yang dimuat naik di halaman Facebook Oh Melayu pada Khamis itu memaparkan lelaki tersebut turut melakukan kekasaran terhadap isterinya.

"Kerja la bang, jangan minta duit bini saja. Tak malu ke terpekik depan bini sampai pukul macam itu sekali.

"Isunya, bini dia kerja di kedai makan tersebut. M****t itu datang nak minta minta duit. Bini dia tak bagi," tulisnya.

Dalam video berdurasi satu minit 47 saat itu memaparkan lelaki terbabit turut memukul kepala isterinya menggunakan topi keledar.

Namun, wanita itu kelihatan tenang dan dilihat tidak melawan walaupun dipukul dan ditolak beberapa kali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tindakan lelaki tersebut.

Malah, Acya Ramlan yang menyifatkan lelaki berkenaan sebagai suami dayus.

"Alahai.. banyak-banyak manusia yang tak guna, paling tak guna sekali lelaki dayus seperti ini. Macam biawak hidup.

"Bini dia baik betul, cuba ambil helmet itu hentak sekali dua atas kepala botak dia itu," tulisnya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Aema Muhamad turut mengecam lelaki tersebut.

"Benci tengok perangai lelaki tak guna. Kasihan isterinya tetapi sabar ada batas. Biasanya lelaki yang tinggi-tinggi suara macam ini bila jumpa lawan, sekali tampar terus diam. Semoga kakak itu membuat keputusan yang bijak, sayang diri sendiri dulu," katanya

Salmah Kidan pula berasakan wanita berkenaan seharusnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis atau mendapatkan pertolongan yang sewajarnya.

"Repotlah polis, baru dia tahu nasibnya. Minta pertolongan keluarga rapat, jangan dibiarkan. ini baru di luar, kalau di rumah mungkit teruk lagi," katanya.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan punca dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Jika dilihat pada situasi kejadian, adalah tidak wajar seorang suami untuk bertindak kejam pada isterinya kerana ia boleh mengundang masalah lain.

Wanita sepatutnya disayangi dan bukan disakiti. Sekiranya anda melihat atau berhadapan dengan situasi berkenaan sila dapatkan bantuan daripada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital dan badan bukan kerajaan (NGO). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram