TINDAKAN dua warga asing dipercayai atlet peninju Mixed Martial Art (MMA) membuat kecoh dalam kapal terbang yang akan berlepas pada pukul 7:30 pagi dari Kuala Lumpur ke Phuket, Thailand pada 26 Disember lalu membawa padah apabila kedua-duanya dihalau keluar daripada pesawat berkenaan.
Difahamkan kekecohan itu dipercayai berlaku apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan dikatakan menumbuk tempat meletakkan bagasi di dalam kapal terbang selepas menyedari fon telinga miliknya hilang.
Melihat kepada situasi tersebut, kru penerbangan penerbangan membuat laporan kepada kapten sebelum kedua-dua penumpang itu diarahkan untuk meminta kedua-dua penumpang berkenaan meninggalkan pesawat.
Petugas kapal terbang terbabit juga terpaksa memanggil pihak keselamatan untuk mengiringi dua penumpang itu keluar selepas situasi menjadi semakin tegang
Namun begitu, lebih menarik perhatian melalui video tular hantaran dari _aizatrahman di akaun TikToknya itu ialah tindakan seorang kru penerbangan dikenali sebagai Hafizan kekal tenang tidak melayan segala provokasi yang dilakukan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.
Pemilik akaun Tiktok berkenaan turut menceritakan situasi itu berlarutan sehingga 90 minit hingga menyebabkan jadual penerbangan mereka lewat.
Di akhir video berdurasi 46 saat itu, salah seorang penumpang lelaki berbaju hitam itu akhirnya dilihat mengambil beg miliknya di ruangan bagasi dan keluar dari pesawat mengikut rakannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pramugara terbabit mengendalikan situasi tersebut dan memastikan keadaan terkawal.
Miss Shaz berkata, tugas seorang kru penerbangan bukanlah semudah yang disangka.
"Bukan senang kerja cabin crew ini, kena banyak bersabar kerana penumpang kurang ajar macam ini silap-silap boleh bertumbuk kalau hilang sabar," tulisnya.
"Tahap kesabaran crew itu tuhan saja yang tahu. Semoga dipermudahkan urusan dalam bertugas," kata Permata_ruby. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram