SEORANG lelaki ditangkap selepas tindakannya mencuri seluar dalam wanita berjaya dihidu orang awam di Kuching, Sarawak pada Khamis.
Menerusi beberapa gambar tular yang dimuat naik seorang individu, Affy Johary di halaman Facebooknya memaparkan suspek berbaju belang dan berseluar celoreng sedang dimarahi oleh seorang lelaki.
"Kejadian yang berlaku di Batu Kawa, Kuching. Seorang lelaki kantoi dan ditangkap oleh orang awam kerana mencuri seluar dalam wanita," tulisnya.
Dalam kejadian dipercayai berlaku pada petang Khamis itu, suspek didakwa mencuri seluar dalam wanita penduduk di sekitar taman perumahan yang terletak di dalam kawasan Batu Kawa. Namun begitu tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku.
Hasil pemerhatin Majoriti di Facebook, seorang lelaki, Patrick Patrick mendakwa suspek merupakan bekas pekerja di salah sebuah premis makanan di kawasan berdekatan.
"Bekas Budak stall Seafood Mee P*****r P**e S****e. Curi seluar dalam," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa risau dengan keselamatan mereka dan marah dengan tindakan lelaki berkenaan.
Seorang pengguna Facebook, Fafa Aufa menyifatkan suspek sebagai seorang yang gila seks dan berbahaya pada orang ramai.
"Perangai tak senonoh, gila seks. Bahaya orang macam ini kalau dibiarkan berkeliaran," tulisnya.
M Ehsan Snaiper pula menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati kerana takut seluar dalam yang dicuri itu akan digunakan untuk membuat perkara syirik.
"Kalau dia curi untuk cium tak kisah, takut dia curi pakai dalam itu untuk membuat sihir pemisah suami isteri," katanya.
Sementara itu, Jasper pula memuji tindakan orang awam yang bertindak secara rasional dan tidak membelasah suspek.
"Bagus penduduk kat sana, marah maki-maki sahaja dan tidak pukul. Kalau kat tempat lain dah lunyai kena belasah. Perangai jijik, tak ada faedah langsung curi seluar dalam," katanya.
Difahamkan suspek yang ditangkap sudah diserahkan ke balai polis berdekatan, namun setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram