[VIDEO] 'Mak cik tudung labuh and the gang' kantoi aktif curi susu di pasar raya Kota Kinabalu, ramai desak polis segera cekup


  • Tular
  • Selasa, 03 Jan 2023

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan individu barangan keperluan rumah berupa tin susu di sebuah pasar raya.

SEKUMPULAN individu yang dipercayai satu keluarga menerima kecamanan menerima kecaman hebat daripada warga media sosial setelah aksi mereka mencuri di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu, Sabah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang di premis berkenaan baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik TikTok nana32 itu menampakkan seorang wanita bertudung labuh warna kelabu dalam keadaan tergesa-gesa memasukkan beberapa barangan keperluan rumah berupa tin susu ke dalam baju dan seluarnya.

Turut kelihatan seorang lelaki berbaju merah disyaki suami dan seorang lagi kawan pasangan itu kemudiannya dalam keadaan mencurigakan dilihat meninjau sekeliling bagi memastikan tindak-tanduk mereka tidak menarik perhatian ramai.

Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku dan dia turut mendakwa kumpulan individu tersebut melibatkan lima lelaki dan dua wanita aktif mencuri di pasar raya sekitar Kota Kinabalu.

"Bikin (buat) malu saja pencuri susu. Masih aktif lagi mencuri. Lima orang lekai dan dua perempuan," tulisnya menjawab soalan pengguna TikTok yang lain,"tulisnya.

Ketiga-tiga individu berkenaan juga dilihat menggunakan pelitup muka bagi memastikan indentiti mereka tidak dikenal pasti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar kelima-lima individu berkenaan mendapat balasan setimpal dan ditangkap pihak berkuasa.

SiHaYu61 berkata, tindakan wanita berkenaan memalukan umat Islam dan berharap agar pihak polis segera menangkap suspek.

"Polis boleh siasat, sekali lepas tetapi nanti kena juga akhirnya," tulisnya.

"Cari sampai dapat, supaya mereka insaf. Badan sihat pergi kerja elok-elok,"kata dianahongdianahon.

Manakala mys_sadiya meluahkan rasa kagum melihat tindakan wanita berkenaan yang menyimpan semua barangan yang dicuri di dalam seluar dan baju.

"Macam mana dia sumbat banyak-banyak? Tak berterabur ke? Saya ambil barang guna tangan pun sudah berterabur," tulisnya sambil menunjukkan emoji ketawa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram