Hujan lebat tak jejas matlamat sebenar pengundi Pontian


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Jeck Seng (baju ungu) ketika tiba di pusat pengundian pada Sabtu.

PENYANDANG kerusi Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berharap hujan lebat di Pontian, Johor tidak mematahkan semangat pengundi untuk datang ke pusat pengundian masing-masing.

Jeck Seng yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berkata, beliau teruja melihat kehadiran pengundi di pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming di Pontian.

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

"Walaupun hujan, saya dapat lihat masih ramai yang datang ke sini pada awal pagi untuk membuang undi.

"Saya harap ini berterusan dan hujan akan berhenti tidak lama lagi," kata beliau yang juga Ketua Bahagian MCA Tanjung Piai pada Sabtu.

1826651

Jeck Seng selesai membuang undi.

Tambahnya, setakat ini masih belum ada tanda-tanda banjir menghala ke kawasan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membuang undi di pusat pengundian itu bersama isterinya, Datin Seri Jenny Lim.

Kedua-duanya tiba di pusat pengundian itu kira-kira pukul 7.50 pagi, diiringi Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng.

Beberapa daerah lain di Johor turut mengalami hujan lebat sejak Sabtu pagi, termasuk Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai dan Mersing.

Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Johor, seramai 278 orang masih mencari perlindungan di empat pusat pemindahan di Segamat dan Tangkak selepas dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

Namun, tiada pusat pemindahan baharu dibuka di mana-mana daerah lain setakat pukul 8 pagi Sabtu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram