Terserah pada rakyat, Azmin Ali optimis pertahan Parlimen Gombak


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Azmin Ali hadir seawal 8.30 pagi untuk membuang undi di Parlimen Gombak.

PENYANDANG kerusi, Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama isteri, Datin Seri Shamshida Taharin tiba seawal pukul 8.30 pagi Sabtu di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Hulu Klang, Selangor bagi membuang undi untuk Pilihan Raya Umum (PRU15).

Mohamed Azmin selesai mengundi sekitar pukul 9 pagi dan sempat ditemu bual oleh media di hadapan pusat pengundian tersebut.

Pusat pengundian itu mula dibanjiri pengundi seawal pukul 7 pagi.

PRU15

Menurut Azmin, beliau bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab mengundi selain yakin dapat mempertahankan kerusi sebagai ahli parlimen kawasan berkenaan.

“Keputusan adalah pada rakyat, saya yakin dan berdasarkan usaha yang saya lakukan sedaya upaya di Gombak dan Insya-ALLAH, rakyat akan sama-sama membangunkan Gombak,” katanya.

Lima calon bertanding di kerusi Parlimen Gombak masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PEJUANG dan calon bebas.

Lima calon tersebut ialah penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PN; calon PH, Datuk Seri Amirudin Shari; Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA) dan seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

azmin ali, spr, pilihan raya ke-15, PRU15,