SUASANA di salah sebuah pusat pegundian Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri, Kuala Lumpur mula dipenuhi orang ramai bermula pukul 10 pagi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi kawasan Parlimen Titiwangsa sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kelihatan ramai warga emas juga turut tidak melepaskan peluang bagi menunaikan tanggungjawab pada negara walaupun terpaksa bertongkat dan berkerusi roda.
Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selesai mengundi di SK Taman Maluri, Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi.
Johari yang memakai baju kelabu tiba di pusat mengundi itu kira-kira pukul 8 pagi bersama isteri, Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry.
Bekas Menteri Kewangan II itu berdepan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) serta Dr Rosni Adam yang mewakili Perikatan Nasional (PN). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram