PENGACARA sensasi, Azwan Ali menjadi antara yang terawal turun mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Selangor pada Sabtu.
Azwan, 56, yang tiba kira-kira pukul 7.25 pagi turut mengucapkan semoga berjaya kepada abangnya, Datuk Seri Azmin ali.
"Kepada Azmin Ali, saya ucapkan semoga berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini.
"Kepada yang masih tidur, tolong tunaikan tanggungjawab anda untuk mengundi.
"Jangan lepas ini bising harga telur, harga barang naik, tak kisah mengundi siapa, yang penting guna otak," katanya.
Terdahulu, tinjauan Majoriti mendapati hujan renyai-renyai sejak Sabtu pagi tidak menghalang pengundi di kawasan Parlimen Gombak.
Sejak pukul 7.47 pagi, pengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate sudah mula beratur di hadapan pintu pagar sekolah walaupun hujan renyai.
Untuk rekod, lima calon bertanding di kerusi Parlimen Gombak masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA) dan parti bebas.
Lima calon tersebut ialah penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PN, Datuk Seri Amirudin Shari (PH), Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA) dan seorang calon parti bebas, Zulkifli Ahmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram