HUJAN renyai-renyai sejak Sabtu pagi tidak menghalang pengundi di kawasan Parlimen Gombak untuk buang undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Klang Gate (SKKG) , Hulu Klang, Selangor.
Sejak pukul 7:47 pagi, pengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate sudah mula beratur di hadapan pintu pagar sekolah walaupun hujan renyai.
Terdahulu, lima calon bertanding di kerusi Parlimen Gombak masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PEJUANG dan calon bebas.
Lima calon tersebut ialah penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PN; calon PH, Datuk Seri Amirudin Shari; Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA) dan seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram