Pengundi Gombak keliru salah beratur, 2 pusat undi berbeza Taman Keramat


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Suasana sekitar kawasan pusat pengundian di AU1 Taman Keramat pada Sabtu.

BERLAKU kekeliruan kecil di pusat pengundian di AU1 Taman Keramat, Kuala Lumpur ketika majoriti pengundi hadir untuk mengundi di kawasan Parlimen Gombak pada Sabtu.

Kawasan itu mempunyai dua pusat pengundian iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 2 yang terletak secara bersebelahan.

Situasi itu berlaku apabila satu barisan panjang terbentuk di luar pagar sekolah seawal 8.15 pagi berserta kesesakan lalu lintas ketika kereta diletakkan di bahu jalan berhampiran kawasan.

PRU15

Menurut pengundi, Nizar Razali, 51, yang sudah beratur terpaksa meninggalkan barisan untuk bertanya kepada petugas pusat bagi mendapatkan pengesahan barisan beratur.

“Saya diberitahu hanya ada satu laluan dan kami akan berpecah sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah,” katanya.

Perkara tersebut turut disahkan oleh kakitangan pusat mengundi kepada wartawan The Star.

Sementara itu, warga emas diminta untuk terus berada di barisan hadapan.

Pada masa sama seorang pengundi yang enggan namanya disiarkan memberitahu, papan tanda perlu diletakkan untuk memaklumkan kepada pengundi.

“Sudah hampir pukul 9 pagi dan barisan sudah panjang. Bayangkan bagaimana keadaan pada sebelah petang,” katanya.

Undian akan ditutup pada pukul 6 petang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram