Tidur penghuni banglo 5 tingkat di Ampang terganggu, kediaman rosak akibat tanah runtuh


  • 112
  • Selasa, 15 Nov 2022

Keadaan dapur banglo tersebut ketika dihempap tanah runtuh. — Bomba

SEBUAH rumah banglo lima tingkat mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.26 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlaku kejadian tanah runtuh dibahagian belakang rumah banglo tersebut.

"Tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa dan merobohkan dinding bahagian dapur di tingkat 1 dan bilik tidur di tingkat dua," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

25cc5ec6-f97e-4757-8dfd-0f0c0c664850

Keadaan salah sebuah bilik tidur di banglo tersebut selepas mengalami kerosakan. — Bomba

Norazam berkata, semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.

"Bomba membuat pemeriksaan semua tingkat dan bilik bagi memastikan semua penghuni keluar dengan selamat.

template - 2022-11-15T115311.274

Antara kerosakan dialami banglo terbabit. — Bomba

"Selain itu, bomba juga membuat pemeriksaan pergerakan tanah juga dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh.

"Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan menjalankan tindakan seterusnya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram