SEBANYAK 578 pusat pengundian awal di seluruh negara membabitkan 970 saluran akan mula dibuka pada 8 pagi Selasa, bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini, seramai 224,828 anggota keselamatan termasuk pasangan akan melaksanakan undi awal iaitu 117,473 anggota tentera serta pasangan manakala 107,355 lagi adalah anggota polis dan pasangan.
Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang, membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan kem tentera.
DPPR yang digunakan bagi PRU15 mengandungi 21.2 juta pengundi dengan 20.91 juta adalah pengundi biasa.
PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari mengundi. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram