DUA orang kanak-kanak dilaporkan mengalami cedera ringan selepas dilangggar oleh kenderaan pelbagai guna (SUV) polis di Uttar Pradesh, India baru-baru ini.
Kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis menunjukkan kenderaan terbabit dipandu laju meskipun melalui laluan pasar yang sempit.
Beberapa peniaga menggunakan basikal roda tiga turut dilihat berada di kiri dan kanan laluan menyebabkan kesukaran untuk kenderaan melalui kawasan tersebut.
Dua kanak-kanak terbabit dilihat sedang melintas jalan kemudian dirempuh oleh kenderaan SUV terbabit.
Dalam rakaman tersebut kenderaan itu sudah membunyikan hon beberapa kali, namun mereka yang lalu lalang dilihat seperti tidak mengendahkannya.
Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Dalam pada itu, polis bahagian Baghpat memohon maaf dan mengadakan kunjungan ke kediaman mangsa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram