SEORANG lelaki warga emas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah lori dalam satu kemalangan jalan raya di Rusia.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 11 November lalu yang mana mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Dzerzhinsky Volgograd dan kejadian itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, pemandu berusia 37 tahun itu sedang menuju ke arah Guards Avenue dari Jalan Domostroviteley.
Apabila tiba di simpang empat jalan berkenaan, kelihatan lori itu bergerak laju sebelum melanggar warga emas berkenaan yang ketika itu sedang menyeberang jalan.
Impak daripada perlangaran tersebut menyebabkan warga emas itu terpelanting beberapa meter.
Memetik laporan media agensi antarabangsa, mangsa kini berada di hospital akibat kecederaan parah.
Pihak polis juga tidak dapat mengesan waris mangsa kerana warga emas tersebut tidak mempunyai identiti pengenalan diri ketika ditemui. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram