Calon tunggal OKU, Dr Noraishah hadap 4 kemungkinan di Putrajaya


  • Politik
  • Selasa, 15 Nov 2022

Dr Noraishah (empat dari kanan) ketika melakukan perbincangan bersama rakan-rakan tempat kerja beliau.

BERKERUSI roda bukan penghalang buat seorang wanita bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan kurang dalam tempoh seminggu lagi.

Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir, akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

Kehadiran beliau di dalam dunia politik sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pengundi, selepas melihat beliau sebagai satu-satunya calon Orang Kelainan Upaya (OKU).

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Selain mempunyai kelebihan tersendiri, perlu diketahui bahawa setiap calon yang bertanding pada PRU15 tidak lari daripada sebarang kelemahan.

Berikut merupakan pro dan cons yang ada pada aktivis berusia 47 tahun itu, bertanding di Putrajaya.

Pro

i) Pintar

file7ndn4ncblg31ihfsfgfz

Dr Noraishah

Dr Noraishah merupakan pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), namun beliau melepaskan jawatan berkenaan bagi mencapai misinya tersendiri pada PRU15.

Ketika zaman pengajian, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dari universiti sama.

Beliau juga melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Bioteknologi perubatan (pengkhususan Development Neurobiology) di University of London.

Dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang, sudah tentu beliau akan dapat meyakinkan pengundi menerusi ilmu yang diperolehinya.

ii) Lantang

file6v3gz7fl8pe1it5jxnkw

Dr Noraishah (duduk) bergambar bersama pesakit spina bifida.

Difahamkan, Dr Noraishah bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk bergelar aktivis pesakit spina bifida.

Pada tahun 2018 hingga 2019, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Kakitangan Akademik UM.

Pembabitan beliau di kampus sememangnya tidak asing lagi, malah beliau banyak mengetengahkan isu-isu mengenai hak kebebasan akademik dan kebebasan bersuara mahasiswa.

Memetik laporan media tempatan, Dr Noraishah sanggup melepaskan jawatannya sebagai ahli akademik bagi memperjuangkan OKU yang senasib dengannya di negara ini.

Beliau juga dilihat lantang dalam menyuarakan hak-hak OKU, berikutan masa lalunya yang dinafikan untuk memasuki tadika kerana kecacatan dialaminya.

Pengundi sudah pasti mahu kelantangan suara calon untuk membawa suara rakyat ketika berstatus Ahli Parlimen kelak.

Cons

i) Calon baharu

file6duq784i5rpkkxm0mz2

Dr Noraishah (kanan) bersama salah seorang pesakit spina bifida.

Dr Noraishah merupakan calon baharu dalam dunia politik dan tidak berpengalaman dalam pilihan raya.

Ini menyebabkan warga Putrajaya tidak cukup mengenalinya jika dibandingkan dengan calon-calon lain yang bertanding di kawasan sama.

Oleh itu, pengundi mungkin akan ragu-ragu tentang hala tuju kepimpinan beliau.

Ini ditambah pula dengan keadaan beliau yang berada di kerusi roda akan jadi tanda tanya pengundi tentang kecergasannya, terutamanya ketika berdepan waktu-waktu kecemasan untuk turun padang termasuk musim banjir.

ii) Saingan kompetitif

Pada PRU15, calon PH itu akan melakukan pertembungan dengan nama-nama besar yang sudah semestinya berpengalaman lama dalam arena politik.

file79ewvzyjtyt5r61haa2

Tengku Adnan

Ini termasuk Bendahari Umno atau calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga penyandang empat penggal Parlimen Putrajaya.

file7ndu6f7jw1lgho97gfz

Radzi

Selain itu, Dr Noraishah juga akan bersaing dengan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin yang juga merupakan Menteri Kanan Pendidikan.

Dr Radzi akan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

file7952rgxih5tqxynzl6o

Antara halangan yang terpaksa ditempuh oleh Dr Noraishah ketika menaiki kenderaan.

Menerusi latar belakang politik kedua-dua calon pesaing ini yang dilihat tidak kurang hebatnya, kemungkinan untuk Dr Noraishah merebut Putrajaya dilihat sukar.

Turut bertanding di kawasan Parlimen sama adalah Datuk Rosli Ramli (Parti Pejuang Tanah Air); serta dua calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram