Wanita patah kaki, Hilux rempuh lori sampah di LDP


  • 112
  • Jumaat, 16 Sep 2022

Keadaan mangsa yang patah kaki kanan selepas terbabit kemalangan pada Jumaat.

SEORANG wanita patah kaki kanan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya merempuh bahagian belakang sebuah lori sampah dalam kejadian di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) susur keluar Hospital Serdang, Kajang pada Jumaat.

Dalam kejadian pada pukul 6.43 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Hadirah Hazarul Ariffin, 23, manakala bapanya Hazarul Ariffin Ramli, 49, dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 8.10.58 AM

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah dikerah ke lokasi kejadian.

"Kejadian berlaku selepas kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki melanggar bahagian belakang lori sampah.

"Rempuhan terbabit menyebabkan anak mangsa yang duduk di bahagian penumpang tersepit dan patah kaki kanan manakala bapanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram