Queen Elizabeth II bukan keturunan Rasulullah


  • Massa
  • Jumaat, 09 Sep 2022

RATU Elizabeth II merupakan raja paling lama memerintah Britain dan raja tertua dunia. — Agensi

KEMANGKATAN Ratu Elizabeth II, 96, pada Khamis benar-benar membawa kedukaan kepada seluruh rakyat Britain.

Berita duka itu mendapat liputan seluruh dunia, sementara di Malaysia juga tular gambar salasilah Queen Elizabeth II yang didakwa keturunan Rasulullah.

NEW

Salasilah keturunan Ratu Elizabeth II yang tular dan disahkan sebagai palsu. — Facebook

Seorang warganet, Norzamri Mokhtar berkata, perkara itu adalah dusta sama sekali.

"Zaida atau Isabella yang didakwa di dalam Salasilah kononnya cicit kepada Abu Al Qassim Muhammad bukanlah keturunan Rasulullah.

"Salasilah Rasulullah tidak boleh ditipu kerana setiap tempat atau negara mempunyai penyimpan salasilah yang rasmi atau sah.

"Di Malaysia kita boleh rujuk Sayyid Hafiz Al Idrus @ Abu Ahmad Al Idrus yang menetap di Terengganu.

"Jangan mudah mengaku keturunan Rasulullah. Menipu atas nama Baginda Nabi menempah tempat di dalam neraka ALLAH," katanya.

Perkara sama turut mendapat reaksi daripada pendakwah bebas, Ustaz Abu Maryam Azi yang berkata kemangkatan Ratu Elizabeth II patut diberi penghormatan sebagai manusia sahaja.

"Kita tidak memerlukan mana-mana tokoh untuk menzahirkan kemuliaan Islam, apatah lagi tokoh yang kematiannya dizahirkan sebagai seorang yang tidak menerima ALLAH Sebagai Tuhan yang Esa.

"Kita memberi penghormatan dan takziah atas kematian Ratu Elizabeth II selayaknya sebagai seorang manusia, tidak lebih dari itu.

"Salasilah ini yg semakin ditularkan adalah palsu dan rekaan semata-mata," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram