Lokar sekolah pertama dipasang hujung September, selesai isu beg berat


  • Primer
  • Isnin, 05 Sep 2022

Masalah beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah menjadi rungutan ibu bapa sebelum ini.

KUMPULAN pertama lokar di sekolah akan mula dipasang akhir bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang berkata, pihaknya berharap keseluruhan peruntukan untuk inisiatif itu akan diagihkan menjelang Oktober.

"Fasa pertama (pengeluaran lokar) adalah untuk murid tahun satu dan tahun dua sekolah dengan dua sesi," katanya.

Sebelum ini, Radzi telah mengumumkan sistem lokar pada Mac lalu untuk menangani isu beg sekolah yang berat.

Peruntukan sebanyak RM37.3 juta telah dikeluarkan bagi inisiatif itu yang melibatkan penyediaan lokar kepada seramai 323,186 murid rendah rendah daripada 10,662 kelas.

Fasa kedua inisiatif itu dijangka bermula tahun depan dengan melibatkan murid tahun empat, lima dan enam di sekolah dua sesi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram