AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengesahkan tidak bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang nyata memberikan khabar duka kepada penyokongnya di Negeri Sembilan.
Khairy tentu sahaja terpaksa menerima keputusan tersebut secara berlapang dada apabila Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhasrat untuk bertanding di Parlimen Rembau.
Tentu sahaja situasi itu mencorak landskap politik baharu dalam portfolio Khairy yang sudah 15 tahun mendominasi kawasan Parlimen Rambau.
Kesetiaan yang ditonjolkan Khairy terhadap parti Umno bukan tahap ‘biasa-biasa’ memandangkan beliau tidak menjadi ‘katak’ melompat ke mana-mana parti lain demi kelangsungan kerjaya politik.
Melihat kepada situasi itu, khalayak membuat penilaian tentang wujud campur tangan pucuk pimpinan yang seakan ingin ‘membunuh’ kerjaya politik Menteri kesihatan itu.
Menurut Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir, Khairy seharusnya diberi peluang untuk meneruskan pejuangannya bersama Umno.
Peralihan kawasan mahupun sekatan ke atas Khairy hanya akan mendatangkan kerugian kepada Umno memandangkan beliau memiliki potensi besar untuk memimpin negara ke hadapan.
“Umno seharusnya tidak melihat Khairy sebagai ancaman hanya kerana bersuara lantang mengkritik Umno sekali gus jangan jadikan itu (tidak bertanding di Parlimen Rembau) sebagai hukuman,” katanya ketika dihubungi Majoriti.
Oleh itu berikut merupakan antara kerugian yang akan ditanggung oleh Umno sekiranya tetap dengan keputusan sama atau tidak membenarkan Khairy bertanding demikian menurutnya.
Khairy dianggap sebagai aset bagi parti Umno.
1. Kehilangan aset pemimpim
Kewibawaan Khairy selaku pemimpin negara berstatus Menteri Kesihatan terutama dalam menguruskan pemberian vaksin kepada rakyat bukan satu perkara enteng. Kesungguhan beliau memberi pendedahan dan menangani perkara itu dengan wajar satu tindakan yang perlu dipuji.
2. Hilang kepercayaan
Keputusan menukar atau menghalang beliau bertanding hanya akan mengakibatkan penyokong beralih arah dan hilang kepercayaan terhadap parti. Rakyat akan menilai parti mengambil pendekatan membuang ahli yang lantang bersuara mahupun mengkritik cara kepimpinan pucuk pimpinan.
3. Komponen kekuatan parti
Khairy merupakan aset dan memiliki pengaruh selaku Menteri Kesihatan yang secara tidak langsung membantu mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap tahap kepimpinan parti.
4. Sokongan majoriti
Umno mungkin akan kehilangan pemimpin yang mendapat sokongan daripada pelbagai kaum.
5. Pemimpim pragmatik
Sifat yang mementingkan kesan ke atas satu keputusan agar tidak menimbukan kesusahan dalam kalangan rakyat. Pada saat beberapa pemimpin parti berdepan dengan permasalah, Khairy mencerminkan imej bersih parti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram