Auntie Anne's lancar kempen Good 'O' Days dengan promosi istimewa


  • Bizz
  • Jumaat, 02 Sep 2022

Auntie Anne's memberi penambahan saiz minuman secara percuma dengan pembelian kombo.

PADA tahun 1996, perintis jenama pretzel antarabangsa, Auntie Anne’s yang 'lahir' di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1988, mula memasuki Malaysia.

Tahun sama juga menyaksikan Auntie Anne's mula menyajikan pretzel pertama mereka kepada rakyat Malaysia hingga mempunyai kelompok pelanggan setia.

Bagi meraikan Bulan Pretzel Kebangsaan, Auntie Anne's bersama portal Majoriti akan membawa peminat melalui nostalgia masa lalu menerusi kempen Good 'O' Days.

Kempen Good 'O' Days ini bertujuan meraikan kenangan lama bersama pelanggan setia yang mana semuanya diharap dapat menikmati detik indah dalam kehidupan bersama Auntie Anne's.

Meniti tahun demi tahun, bermula dengan pretzel asli yang klasik dan hangat, perisa Pretzel Auntie Anne's telah mula dipelbagaikan kepada perisa lain.

Auntie Anne's Good O Days - Article main photo

Pelanggan setia Majoriti boleh menikmati tawaran yang lebih istimewa.

Tidak dinafikan bahawa pretzel asli Auntie Anne's yang ringkas menjadi perintis kepada semua peminat pretzel.

Sebagai penghormatan kepada peminat pretzel, sebuah muzium juga telah didedikasikan khas untuk pretzel.

Secara keseluruhannya, untuk menghormati sejauh mana wujudnya pretzel, Auntie Anne's merasa terpanggil meraikan sambutan kemerdekaan ini bersama pelanggan dan peminat mereka.

Semestinya sambutan ini tidak akan lengkap tanpa sebarang promosi.

Auntie Anne's sentiasa memastikan masyarakat mendapat segala manfaat dan itulah kepercayaan yang dipegang pengasasnya, apatah lagi rakyat Malaysia juga sangat suka dengan promosi.

Khas untuk semua, Auntie Anne's telah menawarkan pretzel asli yang hangat, lembut dan gebu dengan hanya tambahan RM2 apabila anda membuat sebarang pembelian makanan dalam tempoh promosi ini.

Jika anda seorang daripada pencinta Stix mereka? Jangan risau, Auntie Anne's ada tawaran untuk anda! Dengan tambahan RM3 sahaja, anda layak mendapat stix asli yang hangat dan digemari menerusi sebarang pembelian makanan.

Selain daripada promosi, Auntie Anne’s juga melanjutkan kempen Good 'O' Days selama DUA bulan, dari 1 September 2022 hingga 31 Oktober 2022!

Khas untuk pelanggan Majoriti, anda boleh mendapat minuman saiz besar dengan mana-mana kombo yang dibeli.

Anda boleh rujuk di sini.

Yang pastinya, staf Auntie Anne's yang rajin akan bekerja lebih keras untuk anda selama dua bulan ini bagi membolehkan anda menikmati pretzel yang hangat. Jangan lepaskan peluang! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram