Mengamuk tengah jalan, suspek bersenjata tikam mat motor


  • Benua
  • Khamis, 01 Sep 2022

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu kelihatan memakai pakaian tradisional Bali serba putih sambil memegang senjata tajam.

TULAR rakaman seorang lelaki menimbulkan kekecohan di atas jalan raya dengan mengamuk dan mengancam pengguna jalan raya menggunakan senjata tajam.

Kejadian itu berlaku di Kerobokan Kuta Utara Kabupaten Badung, Bali, Indonesia pada Khamis.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu kelihatan memakai pakaian tradisional Bali serba putih sambil memegang senjata tajam.

Berdasarkan video tidak sampai seminit itu, lelaki berkenaan dilihat berada di kawasan jalan raya yang agak sesak.

Dia kemudiannya bertindak seperti orang kurang siuman dengan memaki hamun beberapa pengguna jalan raya yang turut berhenti sementara menunggu lampu merah.

Lelaki tu turut dilihat cuba mencederakan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dan menurut sumber seorang warga awam mengalami kecederaan di bahagian badan akibat ditikam lelaki itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram