DUNIA belum aman apabila kejahatan dan jenayah masih lagi berlaku tidak mengira, usia, masa dan tempat.
Perkara itu berlaku apabila sepasang suami isteri warga emas dilihat mencuri pokok di sebuah pusat beli-belah di luar negara.
Melalui satu video tular yang dikongsikan di laman Instagram Pubity memaparkan aksi pasangan warga emas itu yang dilihat cuba mencuri pokok berkenaan dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Dalam kejadian, pasangan suami isteri berkenaan pada mulanya dilihat berdiri di hadapan sebuah pasu yang berhampiran dengan eskalator.
Pada masa sama, wanita tersebut dengan segera mencabut sebahagian daripada tumbuhan itu sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg kertas.
Pasangan itu dengan selamba berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Rakaman video itu dikongsi sudah mendapat empat juta tontonan setakat ini.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram