Sibuk ungkit tak bongkar terowong Pulau Pinang, esok saya jawab — Rafizi


  • Politik
  • Khamis, 01 Sep 2022

Rafizi berkata, UMNO juga tidak tahu untuk menjawab mengenai semua pendedahan yang dilakukan olehnya sebelum ini. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan menjawab mengenai mengapa beliau tidak membongkar penyelewengan projek terowong Pulau Pinang pada Jumaat.

Menerusi ciapan di Twitternya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan bahawa UMNO memberikannya ‘bola tanggung’ mengenai isu terbabit.

“Sibuk ungkit kenapa saya tak bongkar pasal terowong Pulau Pinang. Esok saya jawab. Bagi lagi bola tanggung,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencabarnya supaya segera membongkarkan penyelewengan projek terowong Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng.

Tambah Rafizi, UMNO juga tidak tahu untuk menjawab mengenai semua pendedahan yang dilakukan olehnya sebelum ini.

Menurut Rafizi, antara pendedahan yang dilakukannya ialah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felda, Bank Pembangunan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan kapal tempur pesisir (LCS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram