Kembang anak tekak!’— Ikan berbau, jumpa siput dan anak katak dalam lauk kedai seafood di Kg Baru


  • Tular
  • Sabtu, 27 Ogos 2022

Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki dihidangkan dengan siput godang dalam lauk sayur yang dipesannya.

SELAIN rasa lazat, kualiti serta tahap kebersihan sesuatu makanan antara faktor diambil kira, sebagai daya penarik pelanggan untuk memasuki sesebuah premis makanan.

Ia penting bagi memastikan kesihatan pelanggan terjamin, selain dianggap berbaloi untuk berkunjung makan ke premis terbabit meskipun perlu membayar dengan harga yang agak mahal.

Namun, faktor kebersihan tersebut seolah-olah dipandang enteng oleh sebuah premis yang terletak di Kampung Baru, dekat ibu negara apabila menyajikan makanan kotor serta busuk.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pelanggan di kedai makan tersebut yang dikenali sebagai Shah_ryzal.

Berdasarkan perkongsian di laman TikTok, @Shah_ryzal mengakui berasa kesal dan terkejut apabila dia dihidangkan dengan seekor siput godang, yang dicampur dengan lauk sayur dipesannya.

"Memang har*** lah wei, tengah syok makan tiba-tiba sayur kau ada siput.

"Please korang, hati-hati kalau nak pergi makan dekat W** M** Seafood, Kampung Baru," katanya yang terbantut selera untuk makan di premis tersebut.

Meskipun siput godang boleh dimakan seperti siput sedut, majoriti netizen turut mempertikaikan mengapa ia ada dalam hidangan yang dipesan lelaki terbabit.

Memberi respons kepada perkara itu, ada pelanggan turut berkongsi pengalaman sama ketika berkunjung di premis tersebut.

Rokiah Kamis725 menulis: "Rasa macam pernah pergi, ikan hanyir."

Azlinzain61 menambah: "Saya pernah kena, kedai jual ikan busuk tapi dia cakap ikan bekok, ada juga macam ni."

Kakja berkata: "Allahu...kedai ni saya kena satu family. Ikan singgang busuk. Hanyir macam rendam kain buruk. Ikan tiga rasa kailan. Pertama dan terakhir pijak situ."

Bukan itu sahaja, terdapat pelanggan lain yang turut diberi 'hadiah' lain ketika makan di premis berkenaan.

"Saya pun pernah kena sekali. Makan kailan. Ada anak katak dalam kailan ikan masin," kata mahadjusoh222.

Selain itu, Naddy berkata: "Kedai ni la saya pun kena. Order kerang rebus. Sampai-sampai kerang busuk. Minta ditukar bagi yang halfcooked pula. Dah la mahal. Memang last la pergi."

Sementara itu, masih belum ada kenyataan pihak berwajib berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram