'Abam Honda' kurang ajar lempang pemandu bas


  • Benua
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Pemuda itu terus menampar pemandu bas terbabit setelah berlakunya perang mulut sesama mereka.

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menampar kepala pemandu bas.

Kejadian itu berlaku Ragunan, Jakarta Selatan, Indonesia pada Khamis.

Video tular yang dimuat naik di akaun Instagram @info.jakartabarat menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berang memarahi pemandu bas TransJakarta itu.

Sebelum kejadian, kelihatan berlaku perang mulut di antara lelaki dan pemandu bas tersebut.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada salah faham lelaki tersebut yang terus memaki hamun pemandu tersebut.

Lalaki itu kemudiannya menampar pemandu bas itu dan terus menuju ke arah keretanya.

Difahamkan insiden itu berjaya dirakam oleh salah seorang penumpang yang berada dalam bas itu.

Turut kelihatan lelaki yang memandu kereta Honda Jazz itu turut menghalang laluan bas di bahu jalan.

Rata-rata warganet mengutuk tindakan lelaki itu yang dikatakan kurang ajar dan tidak menghormati org tua.

Malah ada netizen yang menyifatkan tindakan lelaki itu memalukan warga Bogor. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram