Pengorbanan seorang ayah, beli meja belajar guna duit syiling


  • Benua
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Pelanggan itu mengeluarkan wang syiling yang dibungkus ke dalam beberapa plastik kecil untuk membayar meja belajar tersebut.

KASIH sayang seorang bapa tiada tandingannya apatah lagi demi memenuhi keperluan anak-anak yang dikandung bagai menatang minyak yang penuh.

Seorang bapa dari Temenggung, Jawa Tengah, Indonesia sanggup menabung dengan menyimpan duit syiling setiap bulan demi membelikan anak perempuannya sebuah meja belajar baharu.

Kisah penuh pengajaran itu tular selepas sebuah video pendek dikongsikan seorang pengguna media sosial dalam akaun TikTok pada Jumaat.

Pemilik akaun itu merupakan seorang penjual perabot yang memuat naik kisah mengenai pelanggannya.

“Hari ini, seorang bapa yang sangat hebat datang ke kedai saya. Dia sanggup menyimpan duit selama berbulan-bulan untuk membelikan anaknya meja belajar.

“Pelanggan itu memberitahu anaknya sudah lama mahukan meja belajar,” katanya.

Selepas melihat pelbagai jenis meja belajar, lelaki itu kemudian membeli meja belajar berwarna merah jambu dengan tema karakter My Little Pony.

Pelanggan itu kemudian mengeluarkan wang syiling yang dibungkus ke dalam beberapa plastik kecil untuk membayar meja belajar berharga RM302. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram