DEMI sebuah 'content' seorang wanita sanggup menggadai maruahnya.
Dalam satu video tular yang dimuat naik halaman Facebook The Bikers Rangers memaparkan adegan seorang minah rempit memeluk seorang lelaki di atas sebuah motosikal Yamaha.
"Budak sekarang tidak ada maruah!
"Zaman dulu kalau nak cerita bohsia lagi teruk dik.
"Belanja sana-sini, tidak ada rasa malu!
"Generasi TikTok dia punya bebal pekat padat!," tulisnya
Video berdurasi kurang seminit itu menunjukkan, wanita yang memakai helmet muka penuh duduk mengangkang di bahagian hadapan tempat duduk motosikal.
Manakala lelaki itu pula di perlu berganjak ke bahagian pembonceng. Kedua-duanya dilihat menghadap satu sama lain.
Mat rempit itu kemudiannya menekan pedal (throttle) minyak dan perempuan itu kelihatan mendekatkan badannya ke arah lelaki itu.
Tanpa rasa malu, kedua-dua pasangan tersebut terus melakukan aksi kurang sopan di khalayak ramai.
Turut kelihatan perakam menunjukkan isyarat lucah kepada pasangan dengan aksi tidak senonoh itu.
Kejadian itu disyaki berlaku di salah satu aktiviti permotoran di ibu negara, namun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut.
Video yang dimuat naik sejak Rabu lalu telah mendapat 171,000 tontonan dan rata-rata warganet mengharapkan wanita itu berubah dan diberi hidayah.
"Aku main jugak motor, mat rempit jugak tapi tidak sampai tahap ini.
"ALLAH. Semoga diberi hidayah untuk adik-adik sebelum menutup mata," kata Muhammad Nazrul Hakim.
"Sedih tengok anak bangsa tidak bermaruah sebegini. Bangganya dia berkelakuan seperti itu. Semoga diberi hidayah," tulis Cik Aah.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram