Tak padan usia, warga emas libas kayu, ancam pengguna jalan raya bikin ramai gusar


  • Tular
  • Rabu, 03 Ogos 2022

Tangkap layar yang memaparkan seorang warga emas menghayun kayu pada pengguna jalan raya.

TINDAKAN seorang warga emas menimbulkan kekacauan dengan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pengguna jalan raya mengundang kegusaran orang ramai.

Dalam satu video yang dikongsikan dalam aplikasi Telegram Info-Info Semasa, Kemalangan Bencana dan Jenayah Luar Pahang itu menunjukkan lelaki berkemeja dan seluar pendek itu menghayun sebatang kayu ke arah kenderaan yang lalu lalang di jalan raya tersebut.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, lelaki itu juga dilihat berjalan ke tengah jalan raya dan cuba membuat provokasi dengan memarahi seorang pemandu Perodua Kenari.

Pemandu itu kemudiannya bertindak memberhentikan kereta dan membunyikan hon ke arah lelaki itu untuk mengelak daripada insiden buruk berlaku.

Turut kelihatan pengguna jalan raya yang lain cuba mengelak dari menggunakan sebelah kanan jalan berkenaan kerana bimbang dicederakan warga emas terbabit.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut dan belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram