Prestasi bagai yo-yo, apakah 5 pemain Sri Pahang ini bakal terima padah?


  • Podium
  • Khamis, 04 Ogos 2022

Kesebelasan utama skuad Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC

REKOD Sri Pahang dalam Liga Super sebenarnya tidaklah begitu cemerlang dan sering menjadi bahan bualan dalam kalangan penyokong.

Malah, kemunculan Datuk Dollah Salleh ke dalam skuad Tok Gajah bagi menggantikan Christophe Gamel juga sebelum ini menjadi pertikaian penyokong.

Namun, dua perlawanan Sri Pahang di bawah kendalian Dollah memberikan impak positif selepas mencatatkan kemenangan dan memberi kelegaan.

Bagaimanapun, prestasi semasa Sri Pahang sentiasa dinilai penyokong dan sebagai persediaan untuk musim depan, ada beberapa pemain yang perlu digantikan.

Berikut adalah lima pemain yang dilihat berpotensi untuk digugurkan daripada skuad Sri Pahang disebabkan prestasi yang tidak menentu.

111121ka_1636634360

Ashar tidak mampu memberi aksi terbaik untuk Sri Pahang FC. — Facebook

Ashar Al Aafiz

Berusia 27 tahun, Ashar Al Aafiz yang beraksi di posisi pertahanan sebenarnya tidak mampu memberikan impak yang besar kepada pasukan.

Ashar yang sebelum ini beraksi untuk pasukan UiTM FC lebih banyak duduk di bangku simpanan berbanding di kesebelasan utama.

Malah, kekalahan Sri Pahang ke atas Penang FC, 2-5 juga sebelum ini disifatkan berpunca daripada Ashar yang dilayangkan kad merah.

D57766D7-6293-4D49-B8DA-987FB290A7C9-1024x669

Prestasi semasa Muslim Ahmad dilihat semakin merudum. — Facebook/Sri Pahang FC

Muslim Ahmad

Pengalaman Muslim Ahmad yang pernah beraksi untuk skuad kebangsaan nampaknya tidak cukup konsisten untuknya di Sri Pahang.

Pemain di posisi pertahanan ini banyak melakukan kesilapan dan sering menghilangkan bola sehinggakan penyokong sentiasa merasa kecewa bila melihatnya beraksi.

Malah, pada hujung Jun lalu juga ketika Sri Pahang dikritik penyokong susulan aksi yang menghambarkan, Muslim telah bergaduh dengan penyokong.

Bagi seorang pemain yang sentiasa mengharapkan sokongan penyokong, perkara itu boleh dianggap sebagai satu tindakan tidak profesional.

WhatsApp Image 2022-08-03 at 9.23.09 PM

Fandi Othman sering menjadi sasaran lawan sebagai ruang untuk melepasi barisan pertahanan. — Facebook/Sri Pahang FC

Fandi Othman

Pemain di posisi pertahanan, Fandi Othman juga antara yang dilihat tidak mempamerkan prestasi terbaik dalam pasukan.

Malah, Fandi bagaikan lubuk kedua pasukan lawan untuk menembusi pertahanan selepas Muslim.

Ada ketika Fandi membuat keputusan untuk membawa bola naik sehingga ke bahagian atas namun tidak mempunyai strategi untuk membuat hantaran seterusnya.

WhatsApp Image 2022-08-03 at 9.16.47 PM

Wan Amirzafran mempunyai ketinggian yang tinggi namun jarang diturunkan bersama Sri Pahang. — Facebook/Sri Pahang FC

Wan Amirzafran

Wan Amirzafran diakui antara pemain yang hebat dan pernah beraksi untuk Harimau Muda. Namun, prestasinya belum cukup kuat untuk beraksi di Sri Pahang.

Amirzafran mempunyai ketinggian namun di Sri Pahang, dia lebih banyak duduk di kerusi simpanan dan aksinya juga bila diberi peluang nampak tidak cukup meyakinkan.

Setakat ini, posisi di bahagian tengah sekarang dipegang oleh Sherzod Fayziey dan pemain itu beraksi dengan baik sekali gus menenggelamkan penampilan Amirzafran.

1052489

Lee Tuck mempunyai masalah untuk didaftarkan pada musim ini. — Facebook/Sri Pahang FC

Lee Tuck

Sri Pahang FC berbelanja besar untuk mendapatkan Lee Tuck namun disebabkan faktor naturalisasi, pemain itu tidak dapat tampil beraksi musim ini.

Satu risiko sebenarnya untuk Sri Pahang untuk terus menyimpan Lee Tuck apatah lagi usianya kini sudah mencecah 33 tahun.

Rasanya untuk Sri Pahang memeram pemain ini lebih lama, adalah lebih baik skuad Tok Gajah memilih pemain baharu dan lebih muda yang berpotensi mampu menaikkan nama pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram