'Sampai tercabut tudung,' kes pelajar perempuan bergaduh cemari kejohanan MSSD di Kluang


  • Tular
  • Khamis, 04 Ogos 2022

Tangkap layar yang menunjukkan pergaduhan antara dua pelajar perempuan dipercayai berlaku Stadium Kluang.

TULAR di media sosial melibatkan kejadian pergaduhan antara dua pelajar perempuan dipercayai berlaku Stadium Kluang, Johor Bahru, Johor ketika berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Kluang kali ke-54.

Dalam rakaman berdurasi 31 saat yang dimuat turun Inforoadblock itu kelihatan seorang murid bertudung hitam memakai pelitup muka menyepak kepala dan bahagian badan seorang lagi pelajar yang memakai pakaian sukan berbaju biru.

Kawan mangsa juga cuba dilihat untuk melindungi mangsa terus ditumbuk dan disepak oleh pelajar memakai pelitup muka itu .

Pergaduhan itu berjaya dileraikan beberapa orang pelajar lelaki setelah melihat kejadian semakin tegang.

"Rakam dulu mat, rakam dulu.

"Hoi, buat malu saja," kata salah seorang pelajar lelaki yang merakam kejadian itu.

Video tersebut turut memaparkan beberapa orang pelajar perempuan cuba menarik pelajar memakai pelitup muka itu ke bawah tangga stadium tersebut bagi mengelakkan berlaku lagi pergaduhan.

Menurut seorang warganet Nur Farhana, insiden tersebut telah diselesaikan oleh polis pada hari yang sama pergaduhan itu berlaku.

"Kes pergaduhan ini bukanlah kes buli kerana melibatkan dua belah pihak.

"Kedua-duanya memukul antara satu sama lain," katanya.

Farhana turut mendakwa pergaduhan itu berpunca dari mangsa yang disepak kerana telah menolak pelajar yang menendangnya hingga hampir jatuh.

"Pelajar yang didapati menendang pelajar lain di dalam video berkenaan telah mengerumuni, menarik, menolak serta mencakar pelajar tersebut sehingga tercabut tudung.

"Akibat daripada pergaduhan tersebut, kedua-dua pelajar itu mengalami kesan lebam dan kecederaan di bahagian tangan," tulisnya.

Namun, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa dan pihak sekolah berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram