PENIAGA di Pasar Besar Taman Molek, Johor Bahru, Johor menggesa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan segera untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan di pasar itu.
Penjual ikan, Lee Chin Tai, 47, berkata, pasar yang dibina pada 1996 itu memerlukan ciri asas bagi memenuhi keperluan penyewa dan pengunjung terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).