Bas terjunam dalam cerun curam ragut 16 nyawa


  • Benua
  • Jumaat, 29 Jul 2022

Keadaan bas yang terjatuh ke dalam gaung sehingga mengakibatkan 16 orang maut. — Agensi

SERAMAI 16 penumpang maut manakala 47 lagi cedera selepas bas yang membawa berpuluh-puluh penumpang terbabit dalam nahas di utara Nicaragua.

Bas itu dalam perjalanan dari Managua menuju ke sempadan Nicaragua sebelum terjunam ke dalam cerun curam dan berbahaya yang dikenali "La Cucamonga".

Seramai 13 mangsa yang maut adalah warga Venezuela, seorang rakyat Nicaragua manakala dua lagi belum dikenal pasti.

"Mereka yang terkorban terdiri lima wanita dan 11 lelaki," kata polis dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas yang dipandu laju itu bertembung dengan dua buah kereta sebelum terjunam.

Pemandu bas turut ditahan bagi membantu siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram