Guru sekolah ditahan cabul 8 pelajar perempuan


  • Benua
  • Jumaat, 29 Jul 2022

Suspek mengaku telah mencabul beberapa orang anak muridnya sebelum dipecat pihak sekolah. — Gambar hiasan

SEORANG guru di sebuah sekolah rendah di Indonesia ditahan selepas dipercayai mencabul lapan pelajar perempuannya.

Tangkapan itu dibuat oleh Polis Kota Kediri setelah membuat beberapa siasatan setelah menerima satu laporan yang dibuat ibu bapa pelajar tersebut.

Suspek mengaku mencabul beberapa orang anak muridnya dengan menggunakan modus operandi mengajar mangsa di dalam sebuah bilik darjah.

Perbuatan jelik suspek itu turut diketahui segelintir ibu bapa mangsa dan mereka sebelum ini bersetuju untuk tidak mengambil tindakan.

Namun, satu laporan polis telah dibuat dan suspek ditahan pada hari yang sama.

Guru tersebut juga telah dipecat dari sekolah tersebut.

Sekiranya didapati bersalah, suspek akan didakwa dengan Undang-Undang RI nomor 35 tahun 2015 tentang perlindungan anak.

Jika didapati bersalah supek akan menerima hukuman penjara 15 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram