Sabah tanggung malu aksi 'tumpul' Embalo, gagal patah asakan Selangor di padang sendiri


  • Podium
  • Sabtu, 23 Jul 2022

Sebahagian daripada aksi pemain Sabah FC dan Selangor FC dalam saingan suku akhir Piala FA. — Facebook/MFL

PASUKAN Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di kubu sendiri selepas tewas 0-2 ketika berdepan Selangor FC dalam aksi suku akhir Piala FA yang diadakan di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu.

Menerusi perlawanan tersebut, Selangor berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas memperoleh dua gol hasil jaringan penyerang import, Henrique Hyuri ('1) dan Herlison Caion pada minit ke 81.

Jaringan pertama Selangor FC diperoleh Hyuri disebabkan kealpaan pemain pertahanan Sabah FC yang menjangkakan berlaku off side.

Hyuri yang berada di posisi tepat ketika itu terus memulakan larian sehingga memaksa penjaga gol Sabah FC meluru keluar namun gagal menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

294513624_464743788990688_5305507540169251341_n

Henrique Hyuri (tengah) menjaringkan gol pembukaan buat Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Langkah kanan Selangor FC kemudian cuba disamakan dengan asakan bertali arus dibuat oleh kedua-dua pasukan.

Memasuki permainan separuh masa kedua, keadaan hujan yang turun seakan tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk terus mencari gol.

Asakan demi asakan akhirnya membuka peluang kepada Hyuri untuk menjaringkan gol kemenangan buat Selangor FC.

Seperti yang dijangka, penyerang baharu Sabah FC kelahiran Portual, Jose Embalo dilihat sangat tumpul di bahagian serangan.

Malah, beberapa peluang yang dimiliki untuk Sabah FC memiliki gol disia-siakan dengan sepakan yang lemah dan hantaran yang tidak tepat ke arah rakan sepasukan.

WhatsApp Image 2022-07-23 at 9.48.01 PM

Antara aksi perlawanan antara Sabah FC dan Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Meskipun gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya, pujian harus diberikan kepada penyokong Sabah FC kerana tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu beberapa pengikut bola sepak tempatan mengakui perlawanan antara Sabah FC dan Selangor antara perlawanan yang terbaik.

Malah, insiden penonton membaling botol air ke dalam padang seperti yang berlaku sewaktu pertemuan JDT dan Sabah FC di stadium sama sebelum ini juga nampaknya tidak berulang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram