DUA lelaki melecur selepas sebuah bot yang membawa muatan petrol terbakar berhampiran jeti di mukim Paitan, Beluran, Sabah pada Jumaat (22 Julai).
Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mohd Jefri Kaung, 39, melecur hampir 60 peratus badannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edeon Macheal berkata, seorang lagi mangsa, Taufik Jamin, 19, melecur kira-kira lapan peratus pada badannya.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Pitas oleh orang awam.
“Bot sepanjang 15 meter itu musnah sepenuhnya dalam kejadian pada 5.15 petang itu.
“Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kira-kira 173 kilometer dari balai bomba.
"Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati dua lelaki melecur pada anggota badan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (23 Julai).
Edeon berkata, mereka sedang menyiasat punca kebakaran. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram