INSIDEN laungan 'Ultras' Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan lirik berbunyi "iron untuk gosok baju" kepada penyokong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sepatutnya diambil tindakan.
Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, secara logiknya memang kedua-dua pihak perlu melakukan sesuatu.
"Kalau ikut logik memang kena lakukan sesuatu misalnya minta maaf pada keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain kerana perkara itu menyentuh isu sensitif.
"Tetapi daripada segi psikologi kita dapat lihat yang bapa arwah, Zulkarnain Idros sebenarnya sudah move on dengan apa yang terjadi.
"Malah, Zulkarnain juga sebelum ini sudah menyatakan yang dia memaafkan semua yang terlibat dan ini menunjukkan yang dia sudah move on," katanya kepada Majoriti.
Tangkap layar sorakan sensitif yang dibuat penyokong UKM terhadap penyokong UPNM. — Facebook
Namun kata Fauziah, kita tidak tahu apa yang berlaku melibatkan kedua-dua universiti dalam kejadian ini dan mungkin ada penyelesaian dilakukan secara dalaman.
"Mungkin universiti terbabit tidak mahu panjangkan cerita dan sebenarnya telahpun membuat permohonan maaf," katanya yang turut mengakui bahawa kejadian itu tidak wajar berlaku.
Dalam pada itu, Majoriti turut berhubung dengan Zulkarnain yang memberitahu bahawa setakat ini belum ada sebarang panggilan atau sebarang permohonan maaf diterimanya dari UKM.
Terdahulu, tular video melibatkan sekumpulan penyokong bola sepak UKM yang melaungkan "iron untuk gosok baju" terhadap penyokong UPNM yang dianggap sensitif.
Lebih mendukacitakan apabila chant itu turut dilaungkan pegawai hal ehwal pelajar UKM tanpa rasa segan silu di acara yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram