Padah berskandal isteri orang , lelaki kena hempuk hingga terperosok ke longkang


  • Tular
  • Isnin, 11 Jul 2022

Tangkap layar video yang memaparkan mangsa berada di dalam longkang dipercayai kerana dipukul. — Facebook

SEORANG lelaki cedera dipukul didakwa kerana mengganggu isteri orang dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kampung Chempaka, Kelantan.

Menerusi satu video tular berdurasi lebih 30 minit yang dimuat naik di Facebook, lelaki itu didakwa dipukul dua lelaki lain hingga tercedera masuk ke dalam longkang.

Mangsa kemudian telah mengalami kecederaan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi video itu juga, keadaan kereta yang dipercayai dinaiki mangsa juga mengalami kerosakan dan pecah di bahagian cermin belakang.

Sementara itu, di ruangan komen video itu pula dipenuhi dengan komen-komen yang bersetuju dengan apa yang dihadapi mangsa jika betul dia mengganggu isteri orang.

Anwar Asean Ismail berkata, jika betul pelaku itu membawa lari isteri orang, maka dia boleh dikaitkan dengan kes culik.

Mohamad Hazam Bin Semaun pula berkata, wanita itu sudah bersuami dan jika bertepuk sebelah tangan, pasti tidak akan terjadi apa-apa.

Tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram