Raja kelab bola sepak Asean, Jordi Amat lonjak nilai JDT cecah hampir RM40 juta


  • Podium
  • Isnin, 11 Jul 2022

JDT kekal sebagai skuad paling bernilai tinggi dalam Liga Super musim ini. — Facebook JDT

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) kini berada di tangga teratas penilaian kelab dengan nilai pasaran terbesar di rantau Asia Tenggara mengatasi kelab-kelab Thailand dan lain-lain negara serantau.

Nilai pasaran terbaharu JDT dianggarkan bernilai €8.65 juta (RM38.9 juta) mengatasi pencabar terdekat dari Thailand, Buriram United €8.55 juta (RM38.4 juta) dan BG Pathum United €7.73 juta (RM34.7 juta) berdasarkan kemas kini terbaharu dikeluarkan laman sesawang Transfermarkt.

Kemasukan pemain terbaharu JDT, Jordi Amat menjadi titik tolak terbesar peningkatan nilai pasaran kelab berkenaan dan pemain naturalisasi Indonesia itu menjadi satu-satunya pemain JDT dengan tanda harga menjangkau angka €1.00 juta (RM4.5 juta).

JDT turut mencipta sejarah tersendiri sebelum ini selepas berjaya layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) sekali gus menarik perhatian beberapa pemain bernilai tinggi menyertai kelab berkenaan.

JDT dalam 1

JDT dianggarkan bernilai RM38.9 juta mengatasi pencabar terdekat dari Thailand, Buriram United. Facebook JDT

Sebelum ini, JDT berada di kedudukan kedua dalam senarai kelab paling bernilai di rantau Asia Tenggara dengan nilai €7.25 juta (RM33.47 juta) di belakang kelab handalan Thailand, Buriram United.

Menurut Transfermarkt, ketika itu Buriram yang merupakan pemenang tujuh kali League 1 Thailand, berada di kedudukan teratas dalam kalangan kelab-kelab Asia Tenggara dengan nilai €7.53 juta (RM34.76 juta).

Untuk rekod, Buriram bukan satu-satunya kelab dari Thailand berada dalam senarai 10 pasukan paling bernilai yang disenarai oleh Transfermarkt.

Liga I

Liga 1 Indonesia merupakan liga paling bernilai di rantau Asia Tenggara. Agensi

Meskipun mempunyai lima kelab yang berada di kedudukan 10 kelab paling bernilai Asia Tenggara, liga Thailand dianggap oleh Transfermarkt sebagai liga kedua paling bernilai di Asia Tenggara.

Manakala, Liga Indonesia yang hanya mempunyai dua kelab dalam senarai tersebut iaitu Bali United €5.10 juta (RM24.83juta) dan Persib Bandung €5.03 juta (RM23.3 juta) merupakan liga paling bernilai di Asia Tenggara.

Kelab-kelab lain yang berada di dalam senarai tersebut adalah seperti Lion City Sailors dari Singapura €6.21 juta (RM28.54 juta) di kedudukan ke-5, dan Hanoi FC dari Vietnam €4.95 juta (RM24.78 juta) di kedudukan ke-8.

Selangor fc

Selangor muncul pasukan kedua yang memiliki nilai termahal dalam Liga Super. Agensi

Dalam liga domestik kebangsaan pula JDT kekal sebagai skuad paling bernilai dalam Liga Super musim ini dan diikuti oleh Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor muncul pasukan kedua yang memiliki nilai termahal dalam Liga Super.

Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC pula berkongsi kedudukan ketiga dengan anggaran nilai pasaran keseluruhan yang mana berjumlah €3.47 juta (RM16.6 juta).

Soccer Football - Champions League - Group D - FC Midtjylland v Liverpool - MCH Arena, Herning, Denmark - December 9, 2020 FC Midtjylland's Dion Cools in action Ritzau Scanpix via REUTERS/Bo Amstrup THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY.. DENMARK OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN DENMARK.

Dion Cools memiliki nilai pasaran tinggi selain memiliki pengalaman luas di Eropah. Agensi

Musim hadapan, nilai pasaran JDT dijangka semakin meningkat dengan kehadiran Dion Cools yang turut memiliki nilai pasaran tinggi selain memiliki pengalaman luas di Eropah dan turut beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum ini bersama Club Brugge dan Midtjylland. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram