Bekas tonggak Harimau Malaya miliki 'batu' rupanya ditahan di Johor


  • 112
  • Ahad, 10 Jul 2022

Individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya. — Facebook

SEORANG bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan yang dilaporkan ditahan polis rupanya dicekup pihak berkuasa itu di sekitar Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Lelaki yang berusia 36 tahun tersebut ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphetamine.

Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan di saingan Liga Malaysia (Liga M) sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

WhatsApp Image 2022-07-10 at 6.11.31 PM

Pihak polis mengesahkan tangkapan bekas pemain tersebut. — Facebook

Suspek yang juga anak bekas pemain Selangor itu pernah membantu pasukannya memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak enam kali bersama dua pasukan berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram