Baru 5 hari, Jordan Mintah minta masa tambahan


  • Podium
  • Isnin, 11 Jul 2022

Aksi Jordan Mintah ketika beraksi buat pertama kali bersama pasukan KL City FC.

PENAMPILAN sulung penyerang import baharu KL City FC, Jordan Mintah nampaknya tidak menjadi apabila pasukan itu kalah, 0-2 kepada Selangor dalam saingan pusingan kedua Piala FA pada minggu lalu.

Pemain Ghana itu percaya, permulaan buruk hanya akan mendorongnya untuk meningkatkan dirinya dengan segera bersama pasukan juara Piala Malaysia itu.

Mintah yang menyertai KL City FC secara pinjaman dari Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua, mempunyai tiga peluang cerah menjaringkan gol menentang The Red Giants tetapi gagal menyempurnakannya.

Dia bagaimanapun percaya, dirinya mampu meledakkan gol selepas dia lebih selesa dengan pasukan.

KUALA LUMPUR, 8 Julai -- Pemain Kuala Lumpur City FC Jordan Owasu Mintah dihalang penjaga gol Selangor FC Samuel Jacob Somerville ketika Perlawanan Piala FA 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam.Keputusan separuh masa pertama menyaksikan Kuala Lumpur City FC 0-0 Selangor FC.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jordan Mintah (tengah) berusaha untuk menjaringkan gol untuk KL City FC. — Bernama

"Ini adalah perlawanan pertama saya selepas dua bulan dan hanya lima hari bersama KL, jadi masih jauh lagi perjalanan.

"Saya harap dapat belajar lebih banyak dengan jurulatih, Bojan Hodak kerana dia mampu meningkatkan permainan saya.

"Setakat ini saya mampu menyesuaikan diri dengan baik dan rakan sepasukan juga sangat membantu," katanya.

Pada musim lalu, Mintah menjaringkan 16 gol untuk Terengganu II dalam Liga Premier dan dalam Piala Malaysia, dia menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan bersama Terengganu.

Dia juga bermain enam perlawanan dalam Liga Super musim lalu dan menjaringkan empat gol.

Dalam saingan Liga Premier yang sedang berlangsung, Mintah telah menjaringkan tujuh gol untuk Terengganu II. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram