Ibarat pakai 'cheat code', duo JDT jadi mimpi ngeri benteng lawan


  • Podium
  • Rabu, 29 Jun 2022

Fernando Forestieri (kiri) dan Bergson Da Silva dilihat sebagai gandingan yang cukup mantap dalam saingan Liga Super. — Facebook/Johor Southern Tigers

SELEPAS Selangor FC yang menjadi mangsa Johor Darul Takzim (JDT), tiba giliran Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pula dibelasah dalam perlawanan pada Selasa di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Menerusi aksi tertunda Liga Super itu, skuad Harimau Selatan menang 4-0 ke atas PJ City FC sekaligus mengukuhkan kedudukan pasukan itu sebagai pendahulu liga.

Dalam perlawanan itu juga, dua pemain import utama pasukan JDT, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri, masing-masing menyumbang dua gol seorang.

289554623_2325966427566643_6326827175007601399_n

Aksi Fernando Forestieri ketika bertemu PJ City FC. — Facebook/Johor Southern Tigers

Selain aksi Bergson dan Forestieri menjadi tumpuan penyokong, perlawanan itu juga menyaksikan Ketua Jurulatih, Benjamin Mora membariskan pemain yang sama ketika membelasah Selangor FC, 5-1, pada perlawanan pada Jumaat lalu,

Pemerhati bola sepak tempatan, T Avineshwaran menyifatkan kedua-dua pemain itu umpama cheat code dalam Liga Super.

"Mereka berdua ibarat cheat code dalam Liga Super. JDT sedar mereka perlukan pemain yang mampu membuat penyudah jarak jauh dan berjaya memperolehnya menerusi Forestieri.

289566802_2325966747566611_8773299046323538806_n

Pemain JDT, Arif Aiman dilihat kurang menyerlah dalam perlawanan menentang PJ City. — Facebook/Johor Southern Tigers

"Aksi cemerlang itu akhirnya membawa kepada Bergson. kedua-dua mereka memang susah dihentikan," katanya.

Sementara itu, beberapa penyokong JDT turut memuji kedua-dua pemain tersebut.

Wakslee Rosli Tamsir berkata, Bergson sudah semakin baik dalam komunikasi sesama pasukan dan tidak tamak macam dahulu.

Sementara itu, Topfive Topfive pula berkata, gandingan kedua-dua pemain itu adalah jawapan kepada pasukan yang menggunakan strategi parking bas.

290181344_2325889220907697_4588768912758889483_n

Kesebelasan utama skuad JDT ketika menentang PJ City FC pada Selasa. — Facebook/Johor Southern Tigers

"Ini kerana mereka berdua mampu menjaringkan gol dari luar kotak penalti. Gandingan yang sangat serasi dan mampu menyukar pertahanan lawan," katanya.

Dalam pada itu, ada juga penyokong JDT yang menyatakan kerisauan walaupun berbangga melihat aksi kedua-dua pemain itu.

"Aksi yang baik daripada Bergson dan Forestieri. Tetapi dalam masa sama, kita perlu risau mengenai status penyerang skuad kebangsaan seperti Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Ramadhan Saifullah.

"Kita bleh nampak jurang besar dalam kualiti jaringan yang dihasilkan oleh penyerang tempatan dan gandingan Forestieri serta Bergson," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram