TANGKI air di projek transit kereta api ringan (LRT) Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia mengalami keruntuhan sehingga menyebabkan lima mangsa cedera pada petang Selasa.
"Ada lima mangsa di hospital. Tiga lelaki, dua wanita," kata Polis Metro Setiabudi Kompol Agung Permana ketika mengesahkan perkara itu pada Selasa.
Agung menjelaskan, pihaknya masih melakukan kawalan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Daripada video yang diterima portal Detikcom, kelihatan aliran trafik di sekitar lokasi tangki pecah itu mengalami kesesakan.
Menurut kenyataan tular dari warganet di media sosial, kebocoran takungan air projek LRT itu dikatakan berlaku pada pukul 5.30 petang waktu Malaysia pada Selasa.
Dalam video tular tersebut, menunjukkan suasana di sekitar lokasi kejadian.
Malah, seorang wanita juga disyaki menjadi mangsa sewaktu tangki air itu pecah.
Secara berasingan, Ketua Mukim Setiabudi Iswahyudin mengesahkan tangki air projek LRT telah runtuh dan mangsa dibawa ke hospital.
“Kronologi sekitar pukul 5.12 petang bahawa projek LRT mengalami tangki air pecah,” kata Iswahyudin.
Berdasarkan data yang diterima Iswahyudin, terdapat dua penunggang motosikal dan satu pekerja projek yang menjadi mangsa dalam kejadian itu. —Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram