SEORANG lelaki ditangkap ketika cuba mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam pada Ahad lalu.
Apa yang mengejutkan, ketika ditahan, turut ditemukan pada motosikal milik suspek ialah sebungkus besar beg plastik berisi pakaian dalam wanita yang dicuri di tempat lain.
Suami kepada mangsa pencuri pakaian dalam wanita itu yang dikenali sebagai Rojak, 41, berkata, kejadian itu berlaku di rumahya di Joglo, Jakarta Barat, Indonesia.
Menurut Rojak, ketika itu dia baru sahaja pulang dari tempat kerja dan terlihat sebuah motosikal yang lalu dihadapan rumahnya sebelum berpatah balik.
Curiga dengan apa yang berlaku kata Rojak, dia kemudian telah mengintip lelaki itu menerusi tingkap rumahnya sebelum melihat individu itu cuba mengambil pakaian dalam isterinya.
"Saya kemudian telah menjerit dan sempat menyepak lelaki tersebut sebelum menahannya dengan bantuan jiran-jiran lain. Kita kemudian telah melakukan pemeriksaan ke atas motosikalnya dan menemukan sebungkus besar beg plastik berisi pakaian dalam wanita.
"Bukan sahaja di dalam plastik, lelaki itu turut memakai dua pakaian dalam wanita yang dicurinya sebelum itu," katanya.
Rojak berkata, ini bukan kali pertama isterinya mengadu mengenai kehilangan pakaian dalam dan ketika pencuri itu ditangkap, sudah enam kali kecurian itu berlaku.
Jelasnya, pencuri itu mengatakan bahawa dia mencuri pakaian dalam wanita kerana mahu memuaskan nafsu batinnya.
"Dia sebenarnya mempunyai sakit mental dan disebabkan itu juga saya memilih untuk membebaskan serta tidak membawanya kepada pihak berkuasa," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram