INDUSTRI pelancongan terjejas lagi akibat pandemik kesihatan dengan menyaksikan platform online Travel VIP Pass pula yang terkena tempias selepas Booking.com, Agoda, Airbnb.
Keadaan ini menyebabkan industri hotel terpaksa menyesuaikan diri memandangkan gangguan tersebut menghasilkan elemen baharu dalam tempahan penginapan.
Sudah menjadi kebiasaan untuk pelanggan membuat tempahan hotel menggunakan platform seperti Booking.com ataupun Agoda memandangkan prosesnya mudah dan lancar.
Para pelanggan dapat membuat perbandingan harga bilik hotel dan mendapatkan harga yang terbaik dalam satu portal dalam talian.
Kemudian, pasaran ini menjadi lebih kompetitif dengan kewujudan laman web seperti Google dan Trivago yang mana perbandingan dilakukan ke satu tahap yang lebih tinggi.
Perbandingan kadar hotel sama di Agoda, Booking.com dan halaman web hotel dapat dilakukan dengan lebih mudah.
Kini muncul pilihan baharu bagi pengembara yang ada perancangan dan fleksibel terhadap tawaran terbaik yang disediakan menerusi The VIP Pass.
Bilik studio di Alia Premier Medini, Johor Bahru, Johor.
The VIP Pass ialah portal eksklusif yang dikhaskan buat ahlinya sahaja. Dengan menggunakan The VIP Pass, pelanggan dapat menginap di hotel secara percuma dan penebusan boleh dibuat dalam tempoh 24 bulan.
Pelanggan tidak perlu membayar bilik hotel tetapi hanya perlu membayar pas keahlian yang menawarkan baucar penginapan bilik secara percuma untuk enam malam.
The VIP Pass adalah terhad mengikut lokasi setiap pas. The VIP Pass boleh didapati di United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Malaysia, Singapura, Thailand dan banyak lagi.
Ahli boleh menempah dan menebus penginapan secara percuma di lebih 100 hotel terpilih di lokasi-lokasi berkenaan.
The VIP Pass merupakan tawaran hotel melalui kerjasama dengan portal korporat eksklusif luar talian.
Bilik-bilik yang diberikan adalah bilik yang tidak ditempah memandangkan jumlah tempahan yang diterima setahun bagi setiap hotel hanya 36 peratus sahaja.
Untuk baki tahun ini, kadar penghunian hotel hanya 50 hingga 80 peratus. Hotel-hotel ini tidak boleh menurunkan harga secara drastik kerana ia akan menjejaskan reputasi selain boleh menyebabkan pelanggan yang membayar harga penuh, berasa kecewa dengan pilihan tersebut.
Bilik Deluxe King di Alia Damansara.
Oleh itu, bilik-bilik ini diambil oleh The VIP Pass. Ini membolehkan hotel menawarkan bilik pada kadar rendah di samping dapat menampung kos operasi.
The VIP Pass dapat menghantar ahli ke hotel tempahan mereka dan sudah pastinya mereka juga akan berbelanja di restoran dan kedai lain.
“The VIP Pass telah menjadi rakan kongsi menarik. Walaupun pada mulanya ia perlahan tetapi kini jumlah tempahan diterima di beberapa hotel kami lebih tinggi daripada yang diterima daripada di Traveloka atau Expedia," kata Pengurus Besar di Alia Hotels, Nabisa.
Pandemik yang melanda dunia mendorong institusi tradisional untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan memahami corak tempahan pengguna.
The VIP Pass membolehkan pengembara yang merancang hari lahir, ulang tahun atau perjalanan keluarga mereka, untuk mencari bilik tidak terjual di lokasi menakjubkan selain memperoleh lebih penjimatan memandangkan mereka kurang berbelanja bagi tujuan penginapan.
Kadar The VIP Pass untuk Malaysia hanya berjumlah RM600. Untuk tawaran ini, ahli dapat menginap di hotel, pangsapuri perkhidmatan dan resort menakjubkan di seluruh negara. Ini terbukti memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada pelancong dan pihak hotel. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram