SEORANG pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemui mati di dalam bilik asramanya pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
“Kami tidak dapat membuat kesimpulan kematian pelajar itu akibat renjatan elektrik kerana laporan forensik masih belum selesai," kata Rodzi.
Pelajar tahun dua bidang perakaunan berkenaan, Vinosiny Sivakumar yang berusia 21 tahun ditemui mati di bilik asramanya pada Isnin.
Sebuah video dimuat naik ke YouTube mendakwa Vinosiny meninggal dunia akibat renjatan elektrik.
Sementara itu, UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
UUM berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.
"Sebagai tanda keprihatinan, UUM akan meringankan beban keluarga Vinosiny dengan menghulurkan bantuan sewajarnya," jelas UUM dalam satu kenyataan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram