Putin nyaris kena bunuh


  • Benua
  • Selasa, 24 Mei 2022

Putin dikatakan diserang dalam percubaan untuk membunuhnya. — Agensi

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin terselamat dalam satu percubaan membunuhnya kira-kira dua bulan lalu, kata seorang pegawai kanan tentera Ukraine pada Isnin.

Pegawai kanan tentera itu, Mejar Jeneral Kyrylo Budanov yang juga Ketua Perisikan Pertahanan Ukraine berkata, percubaan yang tidak berjaya tersebut berlaku di Caucasus selepas Rusia menyerang negara itu pada 24 Februari lalu.

Budanov memberitahu akhbar Ukraine, Ukrainska Pravda bahawa terdapat percubaan untuk membunuh Putin pada Mac lalu.

Kenyataan Budanov itu turut disiarkan dalam bahasa Inggeris.

Budanov dilaporkan berkata bahawa usaha untuk membunuh Putin dan ia merupakan percubaan yang tidak berjaya tetapi kejadian tersebut benar-benar berlaku.

Menurutnya, Putin diserang dalam percubaan untuk membunuhnya.

Caucasus juga dikenali sebagai Caucasia ialah sebuah wilayah yang terletak antara Laut Hitam dan Laut Kaspia dan terdiri daripada Armenia, Azerbaijan, Georgia dan sebahagian daripada selatan Rusia.

"Tiada publisiti mengenai kejadian itu tetapi ia berlaku," ujar Budanov.

Dakwaan yang tidak dapat disahkan itu dibuat ketika laporan menyebut bahawa Putin, 69, telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair dari perut kerana tahap kesihatannya dikatakan merosot baru-baru ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram