Aliran trafik lebuh raya arah utara perlahan


  • Primer
  • Isnin, 02 Mei 2022

Keadaan di Plaza Tol Gombak pada pagi Isnin. — LLM

ALIRAN trafik di lebuh raya menghala ke utara dari Tapah ke Gopeng perlahan berikutan ramai yang masih mengambil peluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya pada Isnin.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, aliran trafik di laluan tersebut perlahan sejauh 8.3 kilometer namun di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur lancar di kedua-dua arah.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak juga mendapati jumlah kereta semakin meningkat di laluan tersebut tetapi perjalanan masih lancar.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad mengumumkan, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin.

Sebelum ini, ramai menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei namum kerana hari cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad menyebabkan ramai sudah memulakan perjalanan balik kampung bermula Jumaat minggu lalu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram