
KERAJAAN Negeri Terengganu bersetuju menjadikan Rabu ini (4 Mei) sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi menggantikan hari Khamis (5 Mei) sebagaimana diumumkan sebelum ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Memandangkan tarikh perayaan 1 Syawal 1443H jatuh pada hari Isnin, 2 Mei, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Rabu, 4 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) menggantikan hari Khamis, 5 Mei.
Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Negeri Kelantan turut bersetuju mengubah hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei ini (Rabu).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu susulan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (2 Mei).
Media sebelum ini melaporkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram